Monday, August 23, 2010

RAKAN KEJAYAAN ANDA BERADA DISINI.........MindFocus Training And Development Centre

VISI
Berkongsi Pengalaman, Kemahiran Dan Pengetahuan Kepada Insan Sejagat agar Bersama Berjaya Di Dunia  Mahupun Akhirat.

 MISI
Menjadi Pusat Pembangunan Dan Latihan Milikan Bumiputera Bertaraf Maju Menjelang 2015

PIAGAM PELANGGAN
Berikrar Untuk Memberi Kepuasan Dan Keselesaan Kepada Sesiapa Sahaja Yang Menjalankan Urusan Perniagaan Bersama Kami.

Info Syarikat:
Dimiliki Sepenuhnya Oleh : Al-Amiri Enterprise
Chairman : En Abong
CEO: En Hasrul
 General Manager : En Al-Amiri Mustapha
 Operations Executive : En Syukri
Supervisor : En Syaleh
Ass. Supervisor : En Razalin
Lokasi Syarikat : Jln Pasar Besar, Tingkat 3 Bangunan Sebelah BSN Jerteh Terengganu.
Tel: 013-2272590
e-mail : mindfocus69@gmail.com

DEWAN SEMINAR UNTUK DISEWA

MINDFOCUS TRAINING AND DEVELOPMENT CENTRE merupakan sebuah syarikat 100% milik Bumiputera yann berpusat di Jerteh Terengganu. Bermula dengan perniagaan Networking, 3 anak muda ini menyedari bahawa dewan atau bilik taklimat dan seminar amatlah penting kepada sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berkonsepkan Multilevel Marketing dan juga Direct Selling. Apa tidaknya, perniagaan sebegini memerlukan individu memberi taklimat kepada prospek pada sesuatu masa.Melihat betapa pentingnya keperluan dewan taklimat dan dewan seminar inilah, muncul ilham untuk memulakan perkhidmatan sewaan dewan taklimat dan seminar denagn kadar sewaan yang rendah tetapi selesa.Jika hendak sewa di hotel, faham-fahamlah tentang kos sewaannya.Pasti tinggi.Keselesaan adalah faktor penting kepada pelanggan kami kerana dengan tersedianya suasana selesa kepada prospek,sedikit sebanyak akan membantu kejayaan sesuatu presentasi. Disamping menyediakan fasiliti tersebut, kami juga menganjurkan pelbagai jenis kursus untuk masyarakat yang ingin menambah kemahiran dan pengetahuan.

Fasiliti Kami Sediakan:
1. 2 buah  Dewan Seminar Untuk Pelbagai Program Perniagaan, Latihan,Kursus dan Motivasi.(Kapasiti: Bilik Lela Rentaka I -40org, Bilik Lela Rentaka II - 20org.
2. Berhawa Dingin.
3. White board, PA System disediakan.
4. Lobby untuk ruang perbincangan.
5. Coffee corner
6. Tandas dan Bilik Mandi.
7. Surau
8. Katering( Jika Anda Perlu)

Harga Sewaan: RM50.00 (Ahli) RM70.00 (Bukan Ahli)
 Yuran Ahli : RM20.00 setahun
Tujuan Keahlian : Untuk memastikan pelanggan kami adalah dari kumpulan usahawan yang serius dalam perniagaan.
Keistimewaan Ahli :
1. Anda diberi Kad Ahli
2. Akan dijemput jika syarikat mengadakan sebarang majlis.
3. Yuran keahlian hanya sebagai cagaran maintainence.(Bukan Untuk Keuntungan)
4. Ahli boleh menggunakan lobby yang dilengkapi wifi percuma pada setiap hari Sabtu, Ahad dari Jam 8mlm-12mlm.
5. Akan diberi komisyen RM5 jika dapat promote sewaan dewan kepada rakan-rakan.(Upah dapatkan Customer)